Wednesday, November 21, 2007

NIDZOM USRAH

NIDZOM USRAH

1. PengenalanNidzom Usrah adalah salah satu usaha Biro Dakwah, Tarbiyyah dan Kepimpinan dalam usaha untuk memperkasa perjalanan usrah Helwa Abim N.Sembilan. Antara matlamat biro untuk sesi ini ialah:-
A) Memperkasa dan Memantau perjalanan usrah unit berpandukan modul usrah yang seragam dengan Abim Pusat dan mengamalkan pengurusan usrah yang sistematik
B) Mengenal pasti unit-unit usrah dan naqibah sekaligus mengumpulkan maklumat peribadi ahli usrah
C) Menganjurkan Halaqah Ilmiah (Diskusi Kitab) untuk membahaskan kitab terpilih oleh oleh Ustazah yang dipilih.
D) Bekerjasama dengan AbimNs menganjurkan Usrah Gabungan (isu-isu yang berkaitan)
E) Mengasah bakat Kepimpinan Helwa selain melahirkan generai pelapis Helwa melalui program Tamrin Helwa

2.
OBJEKTIF:-
Ø Memastikan silibus / modul usrah adalah seragam
Ø Mengemaskini perjalanan usrah unit berdasarkan buku panduan perjalanan usrah yang dicadangkan oleh pihak Abim Pusat dan negeri

3.
PENGISIAN YANG DICADANGKAN DALAM USRAH UNIT :-
1. Bacaan Mathurat & Surah dalam Al-Quran & Tafsiran
2. Kupasan Tafsir : Surah An-Nur (Tafsir Al-Azhar, Prof Hamka)
3. Kupasan Hadis :Hadis 40 (Imam Nawawi)
4. Perbincangan : Fiqh Wanita & Isu Kekeluargaan & Kemasyarakatan (Buku Risalah Tarbiyyah Abim Pusat)
5. Hal Semasa & Lain-lain

4.
PELAKSANAAN USRAH :-
4.1 Usrah Unit (seminggu / ikut kesesuaian ahli usrah)
4.2 Halaqah Ilmiyyah (sebulan/2 bulan sekali)
-Kitab yang dicadangkan :-Manhaj Fiqh Al-Shafi’i (Jilid IV) oleh Dr. Mustafa Al-Khin& Dr. Mustafa Al-Bugha ’Ali Al-Sharbaji

No comments: