Wednesday, November 21, 2007

PENGUMUMAM PROGRAM

1. Majlis Haul Al-Hadad dan bersama ulama' (Dr. Sa'ad Gawish dari Al-Azhar Mesir)
Tarikh : 23/11/2007 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Madrasah Al-Hasaniah, Bukit Sembilan Rembau

2. Kuliyyah Ruhaniyah- Kitab Al-Hikam
oleh : Ust. Fahmi Zam Zam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Tarikh : 25/11/2007 (Ahad)
Masa : 7.00 -10.00 malam
Tempat : Surau Anjung Rahmat

3. Seminar Kesedaran Mengenai Konvensyen Hak Kanak-kanak
Anjuran ABIM & Educate to Learn Sdn. Bhd(e2L) & SUHAKAM
Tarikh : 1/12/2007 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna Tingkat 3 D-303, Blok D2,
Ritze Perdana Business Centre
Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak
Damansara Perdana, Petaling Jaya
Masa : 8.00-5.00 ptg

NIDZOM USRAH

NIDZOM USRAH

1. PengenalanNidzom Usrah adalah salah satu usaha Biro Dakwah, Tarbiyyah dan Kepimpinan dalam usaha untuk memperkasa perjalanan usrah Helwa Abim N.Sembilan. Antara matlamat biro untuk sesi ini ialah:-
A) Memperkasa dan Memantau perjalanan usrah unit berpandukan modul usrah yang seragam dengan Abim Pusat dan mengamalkan pengurusan usrah yang sistematik
B) Mengenal pasti unit-unit usrah dan naqibah sekaligus mengumpulkan maklumat peribadi ahli usrah
C) Menganjurkan Halaqah Ilmiah (Diskusi Kitab) untuk membahaskan kitab terpilih oleh oleh Ustazah yang dipilih.
D) Bekerjasama dengan AbimNs menganjurkan Usrah Gabungan (isu-isu yang berkaitan)
E) Mengasah bakat Kepimpinan Helwa selain melahirkan generai pelapis Helwa melalui program Tamrin Helwa

2.
OBJEKTIF:-
Ø Memastikan silibus / modul usrah adalah seragam
Ø Mengemaskini perjalanan usrah unit berdasarkan buku panduan perjalanan usrah yang dicadangkan oleh pihak Abim Pusat dan negeri

3.
PENGISIAN YANG DICADANGKAN DALAM USRAH UNIT :-
1. Bacaan Mathurat & Surah dalam Al-Quran & Tafsiran
2. Kupasan Tafsir : Surah An-Nur (Tafsir Al-Azhar, Prof Hamka)
3. Kupasan Hadis :Hadis 40 (Imam Nawawi)
4. Perbincangan : Fiqh Wanita & Isu Kekeluargaan & Kemasyarakatan (Buku Risalah Tarbiyyah Abim Pusat)
5. Hal Semasa & Lain-lain

4.
PELAKSANAAN USRAH :-
4.1 Usrah Unit (seminggu / ikut kesesuaian ahli usrah)
4.2 Halaqah Ilmiyyah (sebulan/2 bulan sekali)
-Kitab yang dicadangkan :-Manhaj Fiqh Al-Shafi’i (Jilid IV) oleh Dr. Mustafa Al-Khin& Dr. Mustafa Al-Bugha ’Ali Al-Sharbaji

Carta Organisasi HELWA ABIM N.SEMBILAN SESSI 2007/2008

KETUA HELWA : NUR ILHAM BT HAMZAH (016-3699456)
TIMBALAN HELWA : SHAMZITAH BT MUSA (019-2574275)
SETIAUSAHA HELWA : AZURA BT ANUAR (012-3977395)
PEN SETIAUSAHA :SITI ZULAIKHA BT JAMARUDIN(01330674740)
BENDAHARI HELWA : NURUL AZREEN BT HAMZAH (013-6147825)

BIRO TARBIYYAH,DAKWAH & KEPIMPINAN :-
KETUA : NORAZLA BT ABDUL WAHAB (019-3069794)
PEN : SITI HAJJAR BT ALIAS (017-2946303)

BIRO SOSIAL & KEBAJIKAN:-
KETUA : ZAITON BT OTHMAN (017-6847580)
PEN : SHARIFAH MAISARAH BT SYED ISMAIL (019-2069661)

Halatuju Helwa

Ø Memperkasa dakwah dan tarbiyyah di kalangan Helwa
Ø Merapatkan Ukhuwwah di antara saf Kepimpinan Majlis Helwa dengan Mantan Helwa
dan ahli Helwa setiap daerah.
Ø Menggilap bakat kepimpinan di kalangan Helwa agar lebih berani ke hadapan
Ø Melahirkan lebih ramai ahli baru sebagai pelapis Helwa yang berkualiti di masa hadapan
Ø Memantau Ikrak

Monday, November 19, 2007

Program Jaulah Mahabbah Helwa ABIM NS

18 Nov- Majlis Helwa ABIM N.Sembilan sessi 2007/2008 telah berjaya menganjurkan Program Jaulah Mahabbah, Peringkat Negeri Sembilan di Taski Al-Hafiz, Taman Alamanda, Seremban. Program yang dihadiri oleh ahli Helwa Abim, Mantan-mantan Ketua Helwa , wakil-wakil dari WADAH dan IKRAK, antara lain bertujuan untuk mengukuhkan Ukkhuwwah dan Tarbiyyah serta mengemaskini halatuju HELWA ABIM Negeri Sembilan, mengadakan sesi dialog dan muhasabah serta menyelaras nizhom (perancangan) usrah HELWA dan pelaksanaannya. Penyampaian watiqah perlantikan pimpinan baru yang diketuai oleh Saudari Ilham Binti Hamzah selaku Ketua Helwa telah disempurnakan oleh Ustazah Shamsiah Binti Cik (WADAH/Mantan Ketua Helwa Abim N.Sembilan). Program ini diserikan lagi dengan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Kak Nordiran Binti Idris (Mantan Ketua Helwa Abim Pusat) yang mengupas topik ”Wanita dan Dakwah”. Pelancaran Nidzom Usrah yang dibentangkan oleh Biro Dakwah, Tarbiyyah dan Kepimpinan merupakan acara kemuncak program Jaulah Mahabbah ini. Malah Helwa Abim N.Sembilan akan membuat ”road tour”program ini ke daerah-daerah di dalam Negeri Sembilan

Dilaporkan oleh:
Norazla Binti Abdul Wahab
Exco Helwa Abim N.Sembilan.